
HAPPY DEEPAVALI DAY AND HAPPY DIVALI
terimalah dengan hati yang ikhlas dari kami di PLK...
(1 MALAYSIA 1 SUARA TAPI .........mesti 1 tiada 2)
”Kaduk naik junjung ”,adalah istilah biasa kudengarkan pada setiap penulisan sebelum ini,tapi sedalam manakah pemahaman rakan-rakan bangsaku didalam penghayatan mereka terhadap istilah ini,adakah pada mereka seperti ianya sebagai satu modal gurauan atau sekadar perbualan harian atau bagaimanakah persepsi mereka ini..
Maka mahkota si pemakai pakaian kuning lengkap bertanjak,bersampin songket sebilah keris tersemat di pinggang,singkap membelah luar dada nya,tak ubah seperti panglima melayu sejati masuk diiringi bentara-bentara dan para hulubalang-hulubalang sambil diikut rapat oleh kesetia yang bersama dan setia sepanjang masa,tiupan tetuang kerbau memberi tanda keberangkatan panglima, memecah kesunyian,tombak bersilang mula dibuka oleh pengawal diraja membuka jalan memberi izin kepada panglimanya,lagak sungguh bergaya segak tampan berupa panglima jalanya,menuju ke persada singgah sana sambil rakyat jelata bangun memberikan tunduk dan hormat kepada panglimanya,lading diiring segerak dengan makna,membawa yang tersirat kitab dan kekasihnya,menjadi daulat payung rujukan rakyat jelata,dipakai dengan syarat berpandukan syariat,berlabuhlah sipanglima disinggah sana menunjukan kedaulatan bangsa yang mulia ini penuh adab dan tatasusila.
cucu seksok mengenai sapa sebenarnya bangsa melayu nie,masalah jugak ya.hormat dan sopan telah hilang rasanya,kami menolak bukan kerana namanya saithu atau bangsanya semata,tetapi kami menolak kerana adabnya sudah tiada,terus menunjukan sebenar melayu itu harus dan wajib penuh dgn adat dan santunya,menjadi guru dan tauladan kepada anak bangsanya,takpalah mungkin si balaci dan anak kapalnya semua rasa mungkin selamat didalam bahtera kot,takpalah.
DP aku mau",kami bukanlah dari golongan yang zalim,mungkin kami pertimbangkan benda nie,dah nampak dah,baik dari atas sampai ke bawah semua dok gila "harta dunia",orang macam nie nak pimpin anak cucu kita seksok,nauzubillah.pertemuan dua persepsi ini menghasut kearah kesesatan,melencong habis akidah anak adam,jahanam habis perutusan tuhan,porak peranda jadinya bertuan kekasih dunia ini.
Persoalannya ?
sa dan undi tidak percaya perlu diadakan oleh pihak cawangan atas permintaan korum,walau bagaimanapon perkara ini tidak berlaku,kenapa?
Semasa zaman pemerintahan Amirul Mukminin Saidina Umar Al Faruq, beliau pernah meminta pandangan dan nasihat dari kalangan para sahabat tentang pemerintahan beliau. Seorang sahabat bangkit dan berkata “ wahai Amirul Mukminin ingatlah bahawasanya jawatan dan pangkat yang disandang oleh mu adalah satu bentuk UJIAN dari ALLAH SWT”. “Dan ketahuilah oleh mu bahawa sekiranya tersesatnya seekor kambing di bumi arab ini ma
ka kamu yang akan dipertanggungjawabkan dihadapan tuhan kelak”.Apabila Amirul Mukminin Umar Al-Faruq mendengar nasihat daripada sahabat tersebut lalu beliau menjadi takut dan menangis teresak-esak memikirkan besarnya tanggungjawab yang akan dipikul dan digalas di mahkamah Allah kelak.………………
P/S : waktu dan tika itu mereka amat gentar dan amat takut pabila dilantik sebagai pemimpin apakan daya tanggungjawab perlu dilunaskan dan anggapan jihad dan jaminan syurga oleh kekasihnya direct disampaikan,akan tapi berbeda pada tika dan waktu kini yang keadaannya bertukar sebaliknya,ramai manusia semakin gila dan bangga dgn nya,ingatlah ,kepimpinan yang sengaja di jahanamkan maka dia menempah neraka allah s.w.t pengik
ut yang tahu asal kempimpinan dan hanya memekakkan kebatilan itu tanpa menyuarakan juga adalah sebahagian penempah neraka allah.ya allah kau selamatkan la keturunan ku dari tipu helah firaun dan dajjal dunia ini amin.Dengan kata lain jugalah disini penulis boleh mengatakan dan rasanya tidak keterlaluan mengatakan bahawa keakraban pemimpin dengan neraka allah sgt akrab akan tetapi tidak lupa juga hubungan nya dengan syurga allah yang juga terbentang luas jalanya menuju kesana bagi mereka yang benar dan bersungguh
tak berani menentang.
dari lena.
Pemimpin memainkan peranan penting dalam sesebuah masyarakat dan negara. Kebijaksanaan pemimpin sebagaimana Nabi Muhammad SAW berjaya meletakkan Islam di puncak kemasyhuran.Sebab itu, Allah berfirman yang maksudnya: Wahai orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan Rasulnya dan kepada ulil amri (orang yang berkuasa) di kalangan kamu...(an-Nisaa’: 59).Namun, ketaatan yang dituntut itu bukanlah semberono sebaliknya ia perlu memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Islam.Wartawan MOHD. RADZI MOHD. ZIN menemu bual Pensyarah Kanan Rancangan Pengajian Islam, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, Dr. Atikullah Abdullah bagi mengupas isu ini.Mega: Dalam sebuah hadis, Rasullullah bersabda, Setiap daripada kita adalah pemimpin dan akan disoal akan kepimpinan masing-masing. Apakah huraian lanjut hadis ini?DR. ATIKULLAH: Ini merupakan maksud sebuah hadis sahih yang sebenarnya lebih panjang seperti mana yang diriwayatkan dalam al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud dan Ahmad.Menurut Imam Nawawi dalam Sharh Muslimnya, perkataan al-ra’i dalam hadis ini bermaksud pemimpin atau pemelihara yang diberikan amanah dan tegas dalam menjalankan amanahnya sebaik m
ungkin bagi memastikan kebaikan, keselamatan dan kesejahteraan apa yang diamanahkan kepadanya sama ada dari segi kehidupan keduniaan dan keagamaan atau keakhiratan dan lain-lain perkara yang bersangkutan dengan kedua-duanya.Dalam hadis ini, Rasulullah memperincikan lagi iaitu imam atau pemimpin itu bertanggungjawab di atas kebajikan rakyat yang dipimpinnya, seseorang lelaki itu bertanggungjawab keatas ahli keluarga yang berada di bawah tanggungannya, isteri bertanggungjawab ke atas keselamatan rumah tangga suaminya, khadam bertanggungjawab atas keselamatan harta tuannya.Ertinya, setiap dari kita yang mukalaf mempunyai tanggungjawab, kecil atau besar yang mesti dipikul sebaik mungkin dan kita akan dipersoalkan oleh Allah tentang amanah yang dipikul ini, sama ada kita menunaikannya atau tidak.Secara ringkasnya ada tiga perkara yang dapat difahami. Pertama, tanggungjawab memikul amanah sebagai pemimpin pada semua peringkat pimpinan. Kedua, kewajipan memimpin dengan baik ke arah kesejahteraan dunia dan akhirat. Ketiga, tanggungjawab ini akan dipersoalkan oleh Allah di akhirat kelak sama ada telah ditunaikan dengan baik atau sebaliknya.Pada zaman para sahabat, tidak ada yang menawarkan diri untuk menjadi pemimpin. Bagaimanapun, dewasa ini terdapat semacam ‘perlumbaan’ untuk menawarkan diri sebagai pemimpin. Apakah konsep kepimpinan dalam Islam?DR. ATIKULLAH: Kepimpinan dalam Islam dikenali sebagai khilafah atau imamah manakala pemimpin pula disebut sebagai khalifah atau imam.Menurut Imam al-Mawardi dalam kitab al-Ahkam al-Sultaniyyah, khalifah ini secara ringkasnya bermaksud orang yang mengganti, iaitu orang yang mengganti Rasulullah SAW sebagai pemimpin bagi menjaga, mengembangkan dan memajukan agama dan mentadbir dunia dengan hukum-hakam agama.Jadi kalau Rasulullah SAW menjalankan tugasnya sebagai pendakwah yang mengajak manusia ke arah jalan Allah, Rasulullah SAW menjalankan tugasnya sebagai pemerintah yang memerintah ke arah kebaikan dan ketakwaan dan mencegah kemungkaran dan kemaksiatan.Baginda SAW menjalankan tugasnya bagi menjamin keadilan, kesejahteraan dan keharmonian umatnya di dunia dan akhirat. Maka mana-mana khalifah, imam atau pemimpin selepas itu berkewajipan juga memikul dan menjalankan semua tugas yang telah dijalankan oleh Rasulullah SAW kerana mereka merupakan pengganti baginda dalam menjalan kewajipan-kewajipan tersebut.Sejauh mana mereka telah jalankan tugas-tugas tersebutlah yang akan ditanya oleh Allah nanti di akhirat kelak. Jadi sebab itulah para sahabat dan generasi Islam silam gerun untuk memikul tanggungjawab ini, kerana ia sangat besar. Seolah-olah memikul tugas yang telah dipikul oleh baginda Rasulullah SAW sendiri.Bagaimanapun ini tidak pula bermakna setiap orang mesti mengelakkan diri daripada tanggungjawab ini. Jika dibiarkan tampuk kepimpinan berada di tangan orang yang tidak layak untuk memikulnya, maka pelbagai kezaliman, kerosakan, kemungkaran dan kemusnahan te
rhadap agama dan keselamatan hidup masyarakat akan berlaku. Maka dengan itu al-Mawardi menyatakan kepimpinan ini merupakan satu fardu kifayah.Jika ia tidak dipikul oleh orang yang layak, maka semua masyarakat tersebut berdosa, dan jika telah dipikul oleh seseorang yang benar-benar layak dan mampu menunaikan amanahnya sebaik mungkin, maka semua ahli masyarakat bebas dari dosa tersebut.Dengan itu, wajib bagi individu yang layak untuk memilih (ahl al-ikhtiyar) memastikan bahawa mereka memilih dan melantik pemimpin yang berkelayakan untuk memikul amanah tersebut dan haram bagi mereka melantik seseorang yang diketahui tiada kelayakan dan keupayaan.Individu yang mempunyai keahlian atau kelayakan untuk memikul amanah kepimpinan tersebut pula wajib menerimanya apabila ia telah dilantik.Apakah ciri-ciri yang perlu ada bagi seseorang untuk menjadi pemimpin?DR. ATIKULLAH: Bercakap tentang ciri-ciri pemimpin yang berkeupayaan untuk memikul amanah ini, secara umumnya ialah ia mempunyai kelayakan. Kelayakan ini pula boleh diukur dari pelbagai aspek.Menurut Ibn Taymiyyah, kelayakan ini diukur daripada segi amanah dan kekuatan. Yang pertama, kelayakan dari segi akhlak iaitu amanah. Pemimpin yang hendak dipilih dan dilantik mestilah orang yang diketahui mempunyai akhlak yang baik sama ada akhlak kepada Allah, kepada manusia dan akhlak kepada alam seluruhnya.Orang yang berakhlak baik dengan Allah akan menjalankan pemerintahannya dengan penuh amanah seperti mana yang dikehendaki oleh Allah.Jika ia menjalankan pemerintahan dengan penuh amanah seperti yang dikehendaki oleh Allah, maka hasilnya ialah kebahagiaan rakyat pimpinannya juga.Orang yang berakhlak sesama manusia akan membawa kebahagiaan dan keharmonian di dunia dan akhirat kepada rakyat di bawah pimpinannya dan orang yang berakhlak dengan alam akan membawa keseimbangan alam yang seterusnya menjamin kualiti hidup yang baik dan tinggi.Yang kedua ialah kelayakan dari segi kekuatan, sama ada kekuatan fizikal, spiritual, intelektual dan emosional. Bagaimanapun dalam era sekarang, kekuatan spiritual, intelektual dan emosional sangat penting kerana cabaran-cabaran yang dihadapi oleh umat Islam sekarang lebih bersifat cabaran kerohanian dan intelektual.Maka pemimpin yang hendak dilantik mestilah bersedia menyahut cabaran-cabaran tersebut dan memastikan Islam, umat Islam dan rakyat yang dipimpinnya keluar sebagai pemenang dalam semua cabaran dan persaingan yang dihadapinya.Kedua-dua ciri ini iaitu amanah dan kekuatan ini mestilah dimiliki secara serentak. Tidak memadai pemimpin yang hanya mempunyai amanah dan akhlak yang tinggi tetapi fikirannya kurang cerdas dan kurang bijaksana. Ia mudah ditipu oleh musuh dan tidak mampu memakmurkan rakyatnya.Begitu juga tidak memadai pemimpin yang kuat fizikal dan intelektualnya serta bijaksana, tetapi tidak amanah dan tidak boleh dipercayai. Ia akan merosakkan negara dan rakyatnya dengan tangan dan kebijaksanaannya sendiri.Pemimpin yang adil dijanjikan syurga oleh Allah SWT. Apakah pula hukuman yang menanti pemimpin yang korup dan khianat?DR. ATIKULLAH: Jika menjalankan pemerintahan secara adil itu wajib dan diberikan ganjaran pahala oleh Allah SWT, maka sebaliknya menjalankan pemerintahan secara zalim, khianat dan korup itu pula adalah haram dan ditimpakan dosa oleh Allah SWT.Ini kerana seperti yang disebutkan tadi bahawa pemimpin itu merupakan satu amanah menggantikan Rasul dalam menjalankan tugas memajukan agama dan mentadbir dunia berdasarkan hukum hakam agama.Maka pemimpin yang berjaya memikul amanah ini dengan baik, maka kedudukannya sangat tinggi di sisi Allah dan ganjarannya sangat besar.Ini kerana ia telah berusaha kuat sehingga berjaya memikul beban amanah yang sangat berat. Ganjaran pahala Allah diberikan mengikut amalan hamba-Nya. Firman Allah yang bermaksud: Dan tiada (habuan) bagi manusia itu melainkan apa yang ia usahakan. (al-Najm: 39).Besarnya ganjaran pemimpin yang memimpin dengan adil dan amanah ini dapat dilihat dalam sebuah hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim bahawa Rasulullah SAW menyebutkan antara tujuh golongan yang mendapat teduhan dan naungan dari Allah pada hari yang tiada naungan nanti ialah pemimpin yang adil.Ini merupakan satu pengiktirafan yang tinggi dan ganjaran yang besar kerana berjaya memikul tugas dan amanah yang amat berat.Sebaliknya, jika ia mengkhianati amanah ini dengan bersikap zalim, korup, khianat, pilih kasih dan sebagainya maka dosa dan balasan yang dipikulkannya juga amat besar dan pedih. Sikap khianat, korup, pilih kasih dan sebagainya ini sebahagiannya berpunca dari tanggapan yang salah tentang konsep kepimpinan itu sendiri.Sebahagian pemimpin kelihatan seolah-olah menganggap bahawa kepimpinan yang diperolehinya itu merupakan satu anugerah kepadanya yang diberikan Allah hasil kerja keras dan kebijaksanaannya sendiri. Dengan itu ia boleh membuat apa sahaja dengan anugerah tersebut.Walhal kepimpinan itu merupakan satu amanah dan ujian dari Allah. Ramai orang yang mampu menghadapi ujian kemiskinan dan kekalahan tetapi lupa diri dan hilang panduan apabila diuji dengan kekayaan dan kemenangan.Apakah konsep adil yang perlu ada di kalangan pemimpin dalam negara berbilang kaum seperti Malaysia?DR. ATIKULLAH: Adil seperti yang diketahui bererti
meletakkan sesuatu kena pada tempatnya. Adil dalam pemerintahan bererti memerintah mengikut kehendak dan ketentuan Allah berdasarkan petunjuk wahyu iaitu al-Quran dan al-Sunnah.Ini kerana wahyu Allah itu tempatnya sebagai petunjuk. Maka menjadikan wahyu sebagai petunjuk dan panduan dalam pemerintahan bererti meletakan sesuatu kena pada tempatnya, dan inilah keadilan.Berlaku adil kepada masyarakat bukan Islam merupakan satu peruntukan yang diberikan oleh al-Quran kepada pemerintah Islam seperti firman-Nya yang bermaksud: Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama dan tidak menghalau kamu dari negerimu, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil. (al-Mumtahanah: CoolDalam sebuah negara berbilang kaum seperti di negara ini perlaksanaan konsep adil itu mestilah dijelmakan dalam pelbagai bentuk dan cara. Ini kerana adil seperti yang telah seringkali disebutkan bahawa ia bermaksud meletakkan sesuatu kena pada tempatnya. Setiap rakyat mestilah dijamin hak mereka yang sepatutnya mereka terima tanpa mengira bangsa dan agama selagi mereka kekal taat dan tidak mengkhianati negara.AdilMemberikan hak kepada mereka dalam perkara-perkara yang menjadi hak mereka adalah kena pada tempatnya dan ia merupakan sesuatu yang adil. Ini ditunjukkan oleh Rasulullah SAW dalam Perlembagaan Madinah atau Sahifah Madinah yang dirangka oleh baginda bagi mengatur bentuk hubungan antara masyarakat Islam Madinah dengan golongan bukan Islam sekitar Madinah.Selagi mereka membayar cukai dan menunaikan kewajipan sebagai rakyat dan warga negara, maka hak-hak kewarganegaraan yang sepatutnya diperolehi oleh mereka perlu ditunaikan, seperti hak bantuan kemiskinan, pendidikan, jaminan keselamatan, kebebasan beragama dan berbudaya, kebebasan bekerja dan mencari nafkah, tempat tinggal dan lain-lain.Diriwayatkan dalam Abu Dawud dan al-Bayhaqi bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "sesiapa yang menganiayai atau mengurangkan hak atau membebankan sesuatu bebanan di luar batasan kemampuan atau mengambil sesuatu dari orang bukan Islam yang mempunyai perjanjian taat setia, maka aku menjadi hujah atas dirinya pada hari kiamat".Ini bermakna layanan kepada rakyat dalam sesebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia, tidak boleh dilakukan berasaskan perbezaan warna kulit, bahasa maupun agama, tetapi ia mestilah berasaskan hak dan tanggungjawab.Selagi seseorang menjalankan tanggungjawabnya sebagai rakyat yang taat dan tidak mengkhianati, maka kerajaan mestilah menunaikan hak yang menjadi haknya dan begitu juga, selagi kerajaan menunaikan tanggungjawabnya memerintah secara adil, saksama dan telus maka rakyat mestilah menunaikan hak kepada kerajaan iaitu mentaatinya. Begitu juga sebaliknya.Tugas amar makruf nahyu munkar itu tugas semua Muslim. Tetapi ia lebih mudah jika ia bermula dari pemimpin. Namun, adakalanya di pihak pemimpin yang tidak mahu mencegah kemungkaran. Bagaimana membetulkan situasi ini?DR. ATIKULLAH: Salah satu dari tugas manusia khususnya seseorang Islam ialah menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran dan sebagai pemimpin ia berkewajipan memerintah kearah kebaikan dan menghalang kemungkaran.Ini dapat difahami dari banyak hadis dan ayat-ayat yang sering dibacakan. Selain dari ahli masyarakat, tugas dan kewajipan ini lebih berkesan jika dilakukan oleh pemerintah sendiri dengan kerjasama dan sokongan ahli masyarakat. Sebabnya, pemerintah mempunyai segala prasarana dan jentera ke arah melaksanakan tugas ini secara sepadu dan menyeluruh sama ada melalui sistem perundangan, kehakiman, sistem pendidikan, sistem penerangan, media massa dan sebagainya.Selain itu, pemimpin juga sering dilihat dan dicontohi oleh ahli-ahli masyarakat khususnya anak-anak remaja. Sedangkan golongan ulama, pendakwah dan ahli-ahli masyarakat biasa sekadar hanya mempunyai suara memperingatkan dan melarang sesuatu munkar atau menyeru sesuatu yang baik.Maka keberkesanannya mungkin kurang dan tidak merata. Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "manusia itu mengikut agama raja atau pemimpin mereka". Ertinya jika baik pemimpin maka besar kemungkinan rakyatnya juga lambat laun akan bergerak menjadi baik, begitulah sebaliknya.Hakikat ini disokong oleh kata-kata Saidina Uthman ibn ‘Affan yang bermaksud: "Allah SWT akan mengubah dengan kuasa sultan apa yang Allah tidak ubah dengan al-Quran".Diriwayatkan juga bahawa Fudhail Ibn ‘Iyad pernah menyatakan, "jika ada bagi aku satu doa yang mustajab, nescaya aku akan berdoa bagi sultan (supaya ia mendapat hidayat dan memerintah dengan baik) kerana seseorang pemimpin yang baik itu akan membawa kabaikan kepada banyak orang yang lain pula".Dalam konteks budaya masyarakat Melayu, riwayat-riwayat tersebut sangat tepat kerana orang Melayu dikenali taat kepada pemimpin dan mudah mengikut apabila sesuatu itu ditunjukkan kepada mereka berulang kali.Umpamanya apabila Parameswara menerima Islam, maka semua pembesar dan rakyat Melaka pada waktu itu turut menerima Islam. Sebaliknya
jika pemimpin seringkali menonjolkan budaya dan akhlak yang tidak baik, lambat laun masyarakat bawahan juga akan terikut-ikut dengan amalan buruk tersebut.Oleh itu, pemimpin yang bertanggungjawab dan amanah mesti menjalankan amanahnya dalam menjalan tugas amar makruf dan nahi munkar ini. Jika ia tidak menjalankan amanah ini maka kebajikan masyarakatnya dari segi akhlak dan kehidupan beragama terancam dan merbahaya.Jika pemimpin membenarkan masyarakat pimpinannya berada dalam bahaya dan ancaman, bererti dia telah mengkhianati amanahnya. Masyarakat tidak boleh meredai suasana bahaya dan ancaman akhlak dan akidah menimpa mereka.Dalam masyarakat yang mengamalkan system demokrasi rakyat mestilah menjalankan kewajipan mereka memastikan pemimpin yang dilantik benar-benar mampu memikul amanah ini supaya kebajikan dan kepentingan masyarakat dunia dan akhirat terpelihara. Jika ia tidak mampu maka ia mesti digantikan dengan orang lain. Jika tidak, seluruh rakyat hidup dalam keadaan berdosa.
jauh’ – di sebelah Timur).
rah Nuh a.s., Ibrahim Khalilullah dan Keturah.
ada pada mereka.
Saya membaca artikel ini daripada tabloid Harian Metro, Ahad semalam. Menghalusi artikel ini menjadikan ianya tidak lari dari tajuk perbincangan yang pertama di dalam kitab Hikam Ibnu Athaillah Al Askandari.Dalam posting kali ini, saya tidak mahu mengulas panjang, sekadar memanjangkan buah tangan tulisan Ustaz Zaharuddin untuk renungan kita bersama. Tokku pernah berpesan bahawa sifat "aku" tidak boleh di aplikasikan dalam kehidupan kerana ianya mewarisi 2 sifat keakuan yang berbeza."Aku" yang pertama ialah sifat ananiyah syaitan yang mana syaitan telah mengaku tiada yang lebih hebat melainkan dia. Keengganan syaitan sujud kepada Nabi Adam adalah kerana keegoaan sifat "aku" yang menyatakan dia lebih mulia dari adam kerana adam dari tanah dan dia dari api."Aku" yang kedua sifat keakuan yang datang dari sifat ketuhanan. Manusia selaku hamba diharamkan untuk menggunakan gelaran "aku" seumpama ini kerana ianya merupakan syirik yang besar dan menyesatkan. Inilah yang telah berlaku kepada Firaun apabila menyebut "Akulah tuhan sekelian kamu yang paling tinggi".Petikan dari Harian Metro :CABARAN dan ujian datang dalam pelbagai bentuk. Bagi yang beramal, ia datang dalam bentuk yang tersorok dan mengelirukan niat dan berasakan keagungan diri adalah pemusnah amal baik yang diusahakan.Nabi SAW bersabda, ertinya: "Tiga pemusnah (amalan) ialah kebakhila
n yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti dan berasa agung dan hebat dengan diri." (Riwayat al-Bazzar dan at-Tabrani, Hadis Hasan: Albani)Ada manusia yang terdetik di sudut hatinya: "Aku hebat, aku sentiasa solat berjemaah di masjid."Padahal dia lupa ada yang serupa dengannya, malah jauh lebih khusyuk solatnya dan hatinya tawaduk. Sedarkah kita walaupun kita sentiasa ke masjid, namun biasanya mesti ada yang berjaya mendahului kita ke masjid itu.Mungkin sekali sekala kita yang terawal, namun dalam banyak keadaan lain kita bukan yang terawal. Malah, yang terawal sekalipun belum tentu yang paling berkualiti di sisi Allah SWT.Ada yang terdetik: "Aku hebat kerana berani dan berjuang untuk Islam," sedangkan dia lupa ramai lagi yang lebih lama berjuang daripadanya, malah ada yang terkorban. Jauh lebih berani daripada dirinya.Dahsyatnya aku, sibuk betul. Lagi detikan hati: "Nampaknya sibuk betul aku dalam perjuangan dan dakwah… hebat, hampir setiap hari ada kuliah dan ceramah di sana sini."Ada yang berasakan diri terlalu sibuk memberi manfaat dan berdakwah kepada orang lain, sehingga mindanya terhalang daripada berasakan ada insan lain yang jauh lebih sibuk dan berjasa daripadanya.Sedarkah kita, sejenak terdetik diri sibuk dalam dakwah, itulah detik pemusnah diri dan amal. Malah dia terlupa dek keghairahan memuji dirinya, ada ramai lagi yang lebih sibuk daripadanya dalam hal dakwah, malah lima hingga enam ceramah setiap hari.Malah, ada yang jauh lebih sibuk daripada berceramah seperti mereka yang berjuang dalam penulisan kitab selama 12 jam sehari, lalu tersebarlah ilmunya seantero dunia.Lupakah dirinya, ramai yang berjuang, namun bukan sekadar memberi ceramah tapi sampai ke tahap berusaha dan bekerja melaksanakan inti ceramah itu, sama ada dalam sebuah kerajaan negeri atau persekutuan.Sudah tentu manfaatnya lebih hebat dan besar buat umat daripada sekadar berceramah atau menulis teori semata-mata.Justeru, janganlah sumbangan kita hingga kesibukan berceramah, menulis, mengolah artikel, mesyuarat jemaah beberapa malam menjadi pemusnah amalan, sudahlah ia sedikit, malah perasaan sebegini menjadikannya semakin kurus kering di sisi Allah SWT. Inilah nasihat b
uat saya dan rakan pendakwah di luar sana.Rasulullah SAW mengajar kita untuk sentiasa mencari dan memikirkan amalan dan kehebatan mereka yang lebih daripada kita dalam hal keagamaan, manakala dalam hal dunia segeralah melihat mereka yang lebih kurang bernasib baik, dengannya kita akan sentiasa mensyukuri nikmat-Nya.Sabda Nabi bermaksud: "Dua perkara yang sesiapa dapat memperolehnya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar."Iaitu sesiapa yang melihat mengenai agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu dia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang yang kurang daripadanya sehingga dia memuji Allah atas nikmat yang diperolehnya." (Riwayat At-Tirmidzi, 4/665; Hadis Sohih menurut Tirmidzi dan Albani)Namun, malang bagi ramai yang mengamalkan hadis ini tetapi secara terbalik. Dalam hal dunia, sering kita dipengaruhi oleh mereka yang lebih kaya dan berharta sehingga nafsu keduniaan meningkat dan kelabu daripada segala hukum halal haram.Malangnya dalam bab akhirat pula ada yang sering melihat orang yang lebih teruk daripadanya, lalu menganggap dirinya lebih baik, seperti berkata: "ala, orang lai
n ada yang tidak solat langsung, aku ‘at least ‘ (sekurang-kurangnya) solat la jugak walaupun tidak penuh lima waktu."Paling alimSelain daripada itu, ada yang terdetik: "Akulah antara yang paling alim dan paling mendalam." Tidak kiralah sama ada dalam kajian hadis, fiqh, kewangan dan lain-lain.Sedangkan terleka daripada firman Allah SWT, ertinya: "…dan di atas tiap-tiap orang yang berpengetahuan itu ada lagi yang lebih mengetahui." (Yusuf: 76)Ini yang menjadikan Khalifah Umar al-Khattab berkata: "Semua orang lebih faham daripada Umar al-Khattab." (Tafsir Ibn Su’ud, 6/276)Ini yang disebutkan oleh Ibn Qayyim, ertinya: "Di atas setiap orang alim itu yang Allah naikkannya dengan ilmu, ada pula mereka yang lebih mengetahui daripadanya sehingga tamat pada ilmu Allah SWT, dan yang sempurna dalam ilmu tidak lain selain Allah." (Zad Al-Masir, 4/262)Ya Allah, diminta jauh daripada penyakit sebegini di dalam hati kami. Perlu diketahui antara punca penyakit ini adalah pujian yang diperoleh daripada sesuatu amal yang dijalankan.
membuat perancangan secara lebih strategik dengan daya fikiran lateral, jelas dan misi yang jitu. Pelaksanaannya pula hendaklah secara optimistik dengan menerap nilai yang murni di atas teras akauntabiliti, kualiti dan amanah.Pengurusan kewangan yang bijaksana, cekap, fleksibel dan amanah adalah prasyarat bagi menjamin kedudukan kewangan yang kukuh. Islam mempunyai falsafah dan pendekatan sebagai garis panduan dalam melahirkan insan yang mempunyai sifat akauntabiliti, berkualiti dan amanah.Mereka yang bertanggungjawab dalam menguruskan amanah, terutama berkaitan dengan aspek kewangan jangan mengambil mudah berhubung dengan amaran Rasulullah SAW agar amanah yang diberi tidak dikhianati. Mereka yang diamanahkan mesti bertanggungjawab dengan amanah yang diberikan tanpa rasa angkuh, sombong dan riak dengan perjawatan itu.Mereka juga tidak boleh semata-mata mengejar keuntungan di dunia berselindung di sebalik perjawatan dan kuasa mereka. Mereka yang mempunyai sahsiah itu mesti ingat bahawa segala urusan di dunia akan dihisab di akhirat seperti mereka menghitung keuntungan yang diperoleh di dunia melalui mainan catur kepintaran dan kecekapan mereka.Laporan, sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan juga adalah amanah dan perlu diucapkan atau direkodkan secara betul tanpa dipengaruhi emosi atau kepentingan diri. Antara lain perkataan laporan hendaklah bersih dan telus. Perbuatan menyembunyikan fakta dan rekod tertentu juga pengabaian terhadap amanah yang dipertanggungjawabkan kepada pengurusan dan pekerjanya.Menyembunyikan fakta sebenar bertujuan mempertahankan imej dan personaliti majikan amat dilarang kerana kadang-kalanya ia boleh 'membunuh' terutama apabila rahsia tidak dapat disembunyikan lagi.Justeru, jangan sekali-kali mengkhianati amanah Allah dan Rasul-Nya kerana amanah adalah suruhan dan larangan bagi agama dan melanggarnya bererti mengkhianati agama. Sesungguhnya orang yang mengkhianati amanah akan dituntut oleh Allah SWT pada hari kiamat kelak, supaya memulangkan hak kepada ahlinya.Soal menjaga kewangan, terutama berkaitan pengurusannya amat diberi perhatian dalam Islam. Sejarah ada menceritakan bagaimana Khalifah Umar Abdul Aziz begitu sensitif terhadap perkara itu.Beliau, yakni khalifah cukup terkenal dengan sikapnya yang berhati-hati menguruskan amanah dan menjaga amanah yang diberikan. Salah satu contoh yang dapat dijadikan pengajaran ialah kisah yang diceritakan oleh Amru Bin Muhajir. Pada suatu malam, ketika beliau didatangi oleh anaknya sendiri di pejabat khalifah, Umar terlebih dulu berkata: "Adakah kamu datang untuk urusan Muslimin atau urusan keluarga?"Selepas anaknya menjawab untuk urusan keluarga, lantas Umar memadamkan lampu pejabatnya. Bila anaknya bertanya tindakannya itu, Umar menjawab: "Lampu ini adalah milik negara, sedangkan kamu datang untuk urusan keluarga". Lalu Umar pun menyalakan lampu miliknya sendiri. Inilah ketinggian amanah pada diri khalifah Umar Bin Abdul Aziz dalam menjaga dan menguruskan harta kaum Muslimin.Sebahagian daripada mereka yang diberi peluang untuk mentadbir dan mengurus amanah beranggapan bahawa mereka boleh melakukan apa saja kerana kuasa yang ada di tangan mereka. Mereka bebas bertindak, berbelanja atau bebas menentukan gaji yang berhak diterima sedangkan apa yang diperoleh tidak setimpal dengan khidmat dan kebolehupayaan dalam pengurusan, melainkan mengambil peluang daripada jawatan itu.
Serba tak kena jadinya,PLK rasa terpanggil untuk menjelaskan kewujudan blog ini,perlu diingatkan kepada pelawat serta ahli khusunya PLK sendiri,kewujudan blog ini bukan sebagai satu wadah rasmi PLK,tetapi ianya boleh dikatakan sekadar "BULLETIN BOARD" semata-mata,bagaimana selayaknya yang ada pada bulletin board begitu juga la seperti yang ada didalam blog ini,bezanya cuma bulletin board ini lebih maju sket jika nak dibandingkan dengan bulletin board yang terdapat disurau-surau atau dibalai raya,dengan penampilan maya ini rasanya mampu menaikan dan membantu ahli khususnya PLK kearah satu tahap golongan yang boleh dikatakan "MAJU".siapa sangga tangan yang hanya mula pandai menggerakan courser mouse pada mulanya akan teralih arah kepada satu bidang yang mungkin akan memajukan dirinya dan bangsanya melalui wadah penyampaian baru ini.Kewujudan blog ini juga boleh dikatakan sebagai satu "USLUB DAKWAH" yakni teknik berdakwah atau menyampaikan satu perkembangan dan menyampaikan maklumat dengan lebih efisyen dan seronok,ianya juga menjadi "HUB" kepada ahli bertukar-tukar pandangan dan pengalaman.Itu jer....
yen, pengisian program yang mana tujuannya adalah tidak lain iaitu untuk menerapkan aspek-aspek budaya Melayu dalam jiwa ahli-ahlinya.
Justeru, sebagai kesinambungan kejayaan tahun-tahun sudah, maka pada tahun ini, PSSCM berhasrat untuk mengadakan Sambutan Perayaan 44 Tahun PSSCM yang akan diadakan pada bulan Mei 2009.
ng Perwakilan kali ke-37 dan juga Forum Perdana Cekak dan Pelancaran Profil 10 Tahun Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Universiti Malaysia Terengganu.